Tuesday 14 April 2015

Contraction

Assalamualaikum, anak mama..

Sudah lama mama tak update blog ni.. sebenarnya mama bukan lah rajin sangat nk ber blog ni.. hari ni tergerak hati untuk meneruskan coretan tentang kamu, sayang.. Agar bila kamu dewasa nanti kamu mengerti dan agar kamu tahu perjalanan hidup mama dalam mengandung, melahirkan, dan membesarkan kamu.. dan moga kamu tahu betapa mama dan ayah sayangkan kamu..

Hari berganti hari, mama tak jemu menghitung hari.. rasa tak sabar menunggu tarikh 1/3/2015.. tak sabar untuk melahirkan kamu.. tak sabar ingin menatap wajahmu.. tak sabar ingin memeluk dan menciummu..

Dua minggu sebelum melahirkan kamu, mama semakin kerap rasa sakit menyucuk pada bahagian ari-ari .. kadang sampai tak mampu untuk berjalan.. mama tahu.. ini tanda-tanda bahawa kamu semakin hampir lahir ke dunia.. seperti biasa, mengenangkan kamu hampir dilahirkan, hilang segala rasa sakit dan bertukar kepada rasa bahagia dan tidak sabar menunggu hari..

Pada 21/2/2015, mama ajak ayah ke taman buaya.. mama kata Amir nak jalan-jalan tengok buaya.. hehe.. keluar dari rumah, tayar kereta pancit.. kata ayah nak tukar tayar kereta dulu.. ayah dan mama terus ke bengkel kereta.. semasa sedang menunggu kereta siap, sakit perut dan pinggang datang.. sakit kali ni lain macam.. rasa macam sakit senggugut..mama agak ini adalah contraction.. kesakitan tu berulang setiap setengah jam.. mama dah agak mungkin ini sakit nak bersalin.. ayah dah mula risau.. ayah ajak ke hospital tapi mama enggan sebab mama tahu belum tiba masanya.. mama ajak ayah balik rumah saja.. petang tu tak jadi ke taman buaya..

Bersambung..


No comments:

Post a Comment