Friday 17 April 2015

cara yang lebih baik

Hari ni terfikirkan sesuatu.. blog ni dibuka balik sebab nak buat sesuatu untuk tatapan Amir Muhsin bila dia dewasa nanti.. tapi mungkin ada cara yang lebih baik daripada cara ni..

Perkara yang terlintas dalam fikiran skarang ni adalah e-mail.. ya.. why not gunakan e-mail saja.. bila dia dah besar nanti.. berikan saja password pada dia.. 

Ok.. akan ditimbang tara.. bila dah yakin nanti blog ni akan diprivate untuk selama-lamanya.. dah tak perlu rasanya.. mungkin ini adalah yang terbaik..

Thursday 16 April 2015

Melahirkan Amir Muhsin

Assalamualaikum, anak mama..

Ketika mama menaip entri ni, kamu sedang lena tidur di samping mama..dah dua jam kamu tidur.. bila kamu bangun nanti mesti kamu menangis lapar susu.. masa kamu sedang lena ni, mama nak cerita tentang kelahiran kamu..

Pada 21/3/2015, malam.. contraction masih berulang antara setengah jam dan satu jam sekali.. masa ni mama agak mama dah hampir nak melahirkan kamu.. mungkin esok pagi fikir mama..

Oleh sebab contraction yang berulang, mama ajak ayah ke hospital.. tapi sebelum tu sempat lagi singgah makan.. lapar ^_^" ..  ok, dah siap makan terus ke hospital.. daftar kat labor room.. dia bagi mama baju dan kain pink suruh pakai.. mama akur..
Semasa menunggu giliran nak check kat situ, ada beberapa orang yang juga sedang menunggu.. sempat bersembang dengan mereka.. ada yang dah pecah ketuban, ada yang dah turun tanda darah campur lendir.. tapi mama tak turun tanda pun.. cuma rasa sakit perut saja..

Sekarang tiba giliran mama.. misi pasangkan alat ctg.. degupan jantung kamu sangat cantik kata doktor.. mama senyum sendiri sambil memerhati skrin graf yang menunjukkan degupan jantung kamu..

Tiba masa untuk periksa bukaan ..sorang doktor lelaki india yang akan periksa bukaan aka 'seluk' .. mulanya ingat sakit tapi sebenarnya tak sakit mana pun sebab dia gunakan gel untuk mudahkan seluk dalam tu..dan keputusannya.. bukaan baru 1.5cm .. 

Kata misi
"Puan duduk dulu kita akan cari katil kosong" 

"kene admit ke?saya datang  nk check je.. lagipun baru buka 1.5cm"

"kene admit ward ye puan sebab dah ada bukaan" 

Mama akur.. tapi mama admit ward dengan gembira sebab tak lama lagi kamu akan dilahirkan.. ayah juga dah mula sengih sebab dia pun dah tak sabar nak jumpa kamu..

Semasa dalam ward tu contraction dipantau oleh misi.. contraction datang selang 10minit.. maknanya dalam sepuluh minit sekali berlaku contraction.. tapi sakit tu masih ok.. lama2 dia jadi 5 minit sekali.. bila dah selang 5 minit doktor datang periksa bukaan.. kali ni doktor perempuan muda.. mungkin housement .. cara dia agak kasar dan kali ni sangat menyakitkan.. bukaan baru 3cm..

Tunggu punya tunggu bukaan jadi 4cm lebih kurang jam 11 malam.. bila dah 4cm mereka tolak ke labor room.. di sana rasa sakit masih terkawal.. bukaan servik diperiksa lagi dan kali ni doktor pecahkan air ketuban.. terasa cecair suam mengalir .. bermula dari ni lah rasa sakit datang semakin kerap dan semakin sakit sehingga tak tertahan rasanya..

Ayah kamu ada disisi mama dalam labor room tu.. sentiasa beri semangat pada mama..

sakit semakin menjadi-jadi.. masa ni doktor tinggalkan ayah dan mama berdua memandangkan bukaan baru 5cm.. bila sakit tak tertahan, mama suruh ayah panggilkan doktor.. doktor datang periksa bukaan.. baru 6cm.. dalam hati tertanya tanya kenapa lama sangat nak cukup 10cm..

Lebih kurang jam 2 pagi, kesakitan sudah tak tertahan lagi.. doktor dah 3 kali suntik ubat tahan sakit.. tapi ubat tu macam tak berguna langsung.. sakitnya tuhan saja yang tahu.. sampai menggigil badan menahan sakit.. tangan berpaut kemas pada besi katil.. ayahmu disebelah mengusap kepala mama minta mama teruskan baca doa nabi yunus..
doa ni sememangnya tak lekang dari bibir semasa menahan sakit.. menangis tak payah cerita la.. memang menangis menahan sakit..

Jam 3 pagi, sakit sudah tak tertanggung lagi.. bukaan baru 7cm..

Sambil menangis

"Doktor, saya dah tak tahan lagi.. rasa nak teran sangat"

"Jangan teran.. bukaan belum cukup lagi"

Melihatkan keadaan mama yang tak tahan lagi tu, doktor suruh teran juga akhirnya walaupun bukaan baru 7cm.. berkali kali mama cuba tapi tak berjaya..

Doktor seluk lagi

"Baby awak mendongak ni.. sebab tu tak dapat keluar"

Ya Allah.. berat ujian Allah untuk mama kali ni..

seketika kemudian beberapa orang doktor datang termasuk doktor pakar.. mereka seluk lagi.. ctg dipasang semula.. masa ni mama dapat dengar denyutan jantung kamu dah lemah.. air mata semakin laju memikirkan kamu.. dalam keadaan yang masih menangis mama bersuara

"Doktor.. operate la saya.. " berkali kali mama meminta doktor jalankan pembedahan.. tapi prosedur hospital, mereka akan cuba sedaya upaya untuk bersalin normal..

Keadaan semakin tegang.. sekarang doktor pakar mengarahkan mama dibawa ke dewan bedah.. dalam keadaan tergesa-gesa mereka tolak katil ke dewan bedah.. sambil itu doktor pakar menerangkan sesuatu..

" Puan tandatamgan borang ni.. kita akan jalankan pembedahan.. lepas tu kita akan tempatkan puan di ICU untuk monitor keadaan puan"

Dengar saja perkataan "ICU" , mama bertanya dalam hati

"Aku dah nak mati ke? Tak apa lah kalau aku mati pun asalkan anak aku selamat"

Sampai sini saja yang mama ingat.. lepastu mama dah tak tahu apa berlaku.. mama tak sedar bila mereka bius.. mama tak sedar bila mereka robek perut mama.. mama tak sedar bila mereka keluarkan kamu dari perut mama.. mama tak tahu bagaimana kamu disusukan selepas keluar dari perut mama.. mama diberitahu kamu dikeluarkan dari perut mama pada jam 4.42 pagi..

Allah permudahkan segalanya sewaktu mama mengandungkan kamu.. tiada alahan langsung dan mama sentiasa sihat.. tapi mama diuji ketika hendak melahirkan kamu.. Allah tak izinkan mama melahirkan kamu secara normal.. Allah dah tentukan kamu dilahirkan secara pembedahan.. Mama redha dengan segala ketentuan ni.. Mama bersyukur kamu selamat dilahirkan walaupu bukan dengan cara normal..

Mama hanya sedar bila waktu dah tengahari.. mama tengok perut mama dah kempis.. mama tertanya-tanya dimana kamu.. mama tak sabar nak tengok kamu..

Mama seterusnya dibawa ke wad.. ya.. wad biasa.. bukan ICU.. Agaknya keadaan mama stabil jadi mereka tak perlu tempatkan di ICU..seketika kemudia misi bawakan kamu kepada mama.. kali pertama melihat wajah kamu, hilang segala sakit perit pedih yang ditanggung.. syukur..

" Terima kasih ya Allah.. kurniakan aku anak yang comel dan cukup sifat"

3 hari berada di wad, mama dibenarkan pulang.. pulang bersama kamu, sayang..

Panjang lebar cerita mama ni kan? Semoga nanti bila kamu dewasa dan baca entri ni, kamu akan tahu betapa sayangnya mama kepada kamu.. jika perlu mama sanggup korbankan nyawa untuk kamu..

Kamu adalah anugerah terindah dalam hidup mama dan ayah.. lambang cinta mama dan ayah.. jadi anak yang soleh ya, sayang.. jadi pemimpin yang baik.. yang sentiasa berbuat kebaikan.. sesuai dengan nama indah yang mama berikan kepada kamu wahai anakku "Amir Muhsin Bin Mohamad Amri"

" Amir Muhsin : Pemimpin yang berbuat kebaikan "
















Tuesday 14 April 2015

Contraction

Assalamualaikum, anak mama..

Sudah lama mama tak update blog ni.. sebenarnya mama bukan lah rajin sangat nk ber blog ni.. hari ni tergerak hati untuk meneruskan coretan tentang kamu, sayang.. Agar bila kamu dewasa nanti kamu mengerti dan agar kamu tahu perjalanan hidup mama dalam mengandung, melahirkan, dan membesarkan kamu.. dan moga kamu tahu betapa mama dan ayah sayangkan kamu..

Hari berganti hari, mama tak jemu menghitung hari.. rasa tak sabar menunggu tarikh 1/3/2015.. tak sabar untuk melahirkan kamu.. tak sabar ingin menatap wajahmu.. tak sabar ingin memeluk dan menciummu..

Dua minggu sebelum melahirkan kamu, mama semakin kerap rasa sakit menyucuk pada bahagian ari-ari .. kadang sampai tak mampu untuk berjalan.. mama tahu.. ini tanda-tanda bahawa kamu semakin hampir lahir ke dunia.. seperti biasa, mengenangkan kamu hampir dilahirkan, hilang segala rasa sakit dan bertukar kepada rasa bahagia dan tidak sabar menunggu hari..

Pada 21/2/2015, mama ajak ayah ke taman buaya.. mama kata Amir nak jalan-jalan tengok buaya.. hehe.. keluar dari rumah, tayar kereta pancit.. kata ayah nak tukar tayar kereta dulu.. ayah dan mama terus ke bengkel kereta.. semasa sedang menunggu kereta siap, sakit perut dan pinggang datang.. sakit kali ni lain macam.. rasa macam sakit senggugut..mama agak ini adalah contraction.. kesakitan tu berulang setiap setengah jam.. mama dah agak mungkin ini sakit nak bersalin.. ayah dah mula risau.. ayah ajak ke hospital tapi mama enggan sebab mama tahu belum tiba masanya.. mama ajak ayah balik rumah saja.. petang tu tak jadi ke taman buaya..

Bersambung..


First scan

Assalamualaikum anak mama..

Disebabkan keterujaan mama, pada 26/6/2014 , mama ulang lagi ujian kehamilan meskipun belum sampai 2 minggu seperti yang disarankan doktor.. kali ni kelihatan double line lebih jelas.. sekali lagi mama melompat bintang.. hehe..

Mama terus ke bilik doktor,( senang sebab memang kerja kat klinik) .. " Dr. , confirm saya pregnant.. saya dah repeat test" doktor senyum dan suruh mama baring kat tempat untuk scan .. mama baring.. doktor mula scan.. hati mama berdebar-debar... tak sabar nak lihat kamu dalam rahim mama ni..


"Dah ada kantung.. tapi masih kosong". kata doktor sambil tersenyum.. agaknya tumpang gembira dengan kehadiran kamu dalam rahim mama ni..

Bila doktor kira, doktor kata pada hari 26/6/2014 ni, kandungan mama adalah 4 minggu 6 hari.. ya.. gambar ni menunjukkan kamu berusia 4 minggu 6 hari, sayangku..

Mama terus hantar gambar ni pada ayah.. oh ya.. mama dan ayah tidak tinggal bersama sebab mama kerja di kelantan dan ayah pula di melaka.. sekali lagi ayah ucapkan syukur atas kehadiranmu,sayang.. sekarang, mama rasa mama tak keseorangan lagi kat sini.. sebab kamu ada dalam rahim mama.. sentiasa menemani mama..

Seterusnya mama ke bahagian ibu dan anak.. tanya misi.. " bila saya boleh buat buku pink" haa.. punya lah teruja.. tak sabar-sabar nak buat buku pink.. tapi, misi kata tunggu sampai kandungan 6 minggu baru buat buku pink.. ok.. pasrah..

Kamu tahu anakku, walaupun usiamu baru masuk 5 minggu, mama dah mula bersembang dengan kamu.. mama tanya kamu sihat ke tidak.. mama tanya kamu lelaki ke perempuan.. mama tanya kamu nak nama apa.. dan macam-macam lagi yang mama sembangkan dengan kamu.. tanpa jemu..

Mama menghitung hari.. tak sabar untuk setiap temujanji di klinik.. nak tahu perkembangan anak mama ni..

Bersambung..