Sunday 9 November 2014

buku merah/pink

Assalamualaikum, anak mama..

Waktu usia kamu hampir 10 minggu dalam rahim mama, mama mula dapat buku merah.. buku yang bertindak sebagai passport untuk setiap ibu mengandung..



pada hari ni juga, sekali lagi dr. Scan perut mama untuk lihat perkembanganmu.. ternyata kamu telah berkembang dengan baik.. daripada kantung kosong bulat yang kecil, kini kamu kelihatan seperti sebiji kacang merah.. sangat comel pada pandangan mata mama..

10 minggu

Mama semakin teruja melihat kamu sayang.. habis semua ahli keluarga dan saudara mara mama tunjukkan gambar kamu ni.. mereka turut sama gembira melihat kamu yang semakin membesar..

mama masih berulang alik dari kelantan ke melaka.. memandangkan kerja ayah yang susah nak dapat cuti dan selalu oncall, jadi mama putuskan yang mama akan ke sana sementara mama masih kuat dan kamu masih kecil dalam kandungan mama ni..

setiap kali mama ke melaka, mama akan ajak ayah shopping barang barang kamu.. teruja sangat kan? Baru 10 minggu hamil mama dah mula beli sedikit demi sedikit barang keperluan untuk kamu terutamanya baju.. masa ni ayah dan mama belum tahu jantina kamu.. jadi kami putuskan untuk elakkan membeli barangan yang berwarna pink dan biru.. 

sekarang ni mama juga ada bincang dengan ayah berkenaan nama untuk kamu.. ayah putuskan untuk serahkan pada mama untuk cari nama yang bagus untuk kamu.. semestinya mama akan beri kamu nama yang baik anakku.. setiap hari mama google nama dan maksudnya untuk kamu.. mama tak ada masalah dengan nama lelaki.. tapi, susah sangat untuk nak dapat nama perempuan..

bersambung...


Tuesday 4 November 2014

Berita Gembira

Assalamualaikum, anak mama.. hari ni tergerak hati mama untuk menulis sedikit sebanyak tentang kehadiranmu dalam hidup ayah dan mama..

Anakku.. ayah dan mama bernikah pada 29/5/2014.. hari tu adalah hari bahagia buat ayah dan mama.. tapi, hari dimana mama disahkan mengandungkanmu adalah hari yang lebih bahagia lagi..

Bermula dari awal perkahwinan, ayah dan mama sememangnya mengharapkan kehadiranmu dalam hidup kami.. agar kamu jadi pelengkap dalam rumah tangga kami.. agar kamu membawa gelak tawamu dalam hidup kami..

15/6/14 , hari ahad.. adalah hari lahir ayah yang ke-27 tahun.. hari ni mama dah mula bekerja selepas cuti selama 2 minggu selepas hari perkahwinan.. masa ni, ayah masih lagi di rumah tok ayah dan tok mama.. sampainya di tempat kerja, mama terus buat ujian kehamilan walaupun hari yang sepatutnya mama datang bulan belum tiba lagi.. entah kenapa, hati mama kuat mengatakan mama telah hamil walaupun tiada tanda2 bahawa mama telah hamilkan kamu..

Keputusan ujian sangat membuat mama teruja.. positive.. ya.. weak positive.. masa ni mama tak ambil gambar strip upt sebab double line sangat samar sampai tak kelihatan dalam gambar..

Mama terus telefon ayah tanpa tunggu pengesahan dari doktor, sebab mama yakin mama telah hamil.. tuhan saja yang tahu betapa gembiranya mama masa tu..

Bila ayah jawab panggilan, mama terus cakap " selamat hari bapa, abang " .. ya.. hari berkenaan kebetulan hari lahir ayah dan juga hari bapa.. ayah terus tanya, "dah pregnant ke?".. "dah .. tapi samar2.. tak boleh nak tunjuk gambar sebab dalam gambar tak nampak" ..kata ayah lagi.. "alhamdulillah.. hadiah birthday abang la ni kan?" .. macam tu lah lebih kurang perbualan kami..  ayahmu sangat gembira sampai tak sabar nak beritahu tok mama yang mama telah hamil.. tapi mama kata tunggu dulu.. sebab masih baru sangat.. doktor pun belum sahkan lagi..

Kalau ikut kiraan.. hari pertama period yang lepas adalah pada 24/5/2014.. maksudnya pada 15/6/2014 mama telah hamil 23 hari atau 3 minggu 2 hari..

Esoknya mama jumpa doktor dan doktor suruh repeat balik ujian kehamilan 2 minggu lagi sebab keputusan masih sangat samar.. tapi hati mama sangat yakin masa tu kamu telah wujud dalam rahim mama ni..

Bersambung....